Skip to main content

Bola Sepak

Penswastaan kelab: Bernhardt taruh kepercayaan kepada pengurusan UiTM FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

frank-bernhardt.jpg
UiTM FC muncul pasukan yang paling mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super musim ini.

Siapa sangka pasukan institut pengajian tinggi itu mampu menduduki kelompok atasan liga divisyen utama negara.

Berbaki tiga perlawanan, skuad kendalian Frank Bernhardt itu kini menduduki tangga keempat dengan 13 mata, hanya dibezakan satu mata dengan pasukan di tangga ketiga, Perak, dan tiga mata dengan pasukan di kedudukan kedua, Kedah.

Bagaimanapun, usaha mereka itu akan menjadi sia-sia seandainya gagal melengkapkan proses penswastaan kelab menjelang tarik akhir hujung bulan ini.

UiTM FC berpeluang bersaing dalam saingan peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) seandainya menamatkan saingan selaku naib juara Liga Super musim ini tetapi mereka berdepan risiko terjerumus ke Liga M3 seandainya gagal melengkapkan proses penswastaan.

Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, ketua jurlatih, Bernhardt, berkata: "Saya hanya fokus kepada pasukan ini dan perkara-perkara berkaitan sukan ini.

"Apa yang sedang dilakukan di pejabat oleh mereka yang di pejabat, saya tidak ada sebarang gambaran mengenainya dan pada masa sama, saya gembira kerana tidak terlibat di pejabat untuk menguruskan hal sedemikian.

"Tugas saya hanya di dalam dan di luar padang. Hanya itulah yang saya lakukan," katanya.

Reaksi Bernhardt itu mungkin memberikan gambaran bahawa dia yakin dengan pihak pengurusan UiTM FC.

Tetapi keyakinan itu wajib dibayar dengan usaha memastikan pasukan itu kekal dalam Liga Super musim depan.

Sejak mengambil alih UiTM FC musim ini, Bernhardt sudah memastikan pasukan itu berada dalam kelompok elit Liga Super dan berpeluang menamatkan kempen 2020 dalam kalangan tiga pasukan terbaik.

"Apa yang saya faham, bermula musim depan, pasukan ini perlu diswastakan dan bukan lagi pasukan universiti.

"Pemain kami juga hanya mempunyai kontrak setahun dan sesetengah pemain pinjaman akan kembali ke kelab mereka musim depan.

"Bagi jangka panjang, anda perlu mencari pemain dan memberikan mereka kontrak yang melebihi dua atau tiga tahun.

"Dengan cara itu barulah kami berpeluang untuk meningkat ke satu tahap yang berbeza," katanya lagi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video