Skip to main content

Bola Sepak

Penjaring terbanyak Liga Super ketuai enam pemain tinggalkan Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ayron-del-valle.jpg
Penjaring terbanyak Liga Super 2023, Ayron Del Valle, mengetuai enam pemain yang akan meninggalkan Selangor bagi saingan musim 2024/25.

Sejam selepas mengumumkan pemergian ketua pasukan, Brendan Gan, Gergasi Merah dalam satu kiriman sosial media turut mengucapkan selamat tinggal dan mendedikasikan penghargaan tertinggi buat Ayron, Yazan Al-Arab, Boakye-Yiadom, Rauf Salifu dan Zahril Zabri

"Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Brendan Gan, Ayron Del Valle, Yazan Al-Arab, Boakye-Yiadom, Rauf Salifu dan Zahril Zabri atas kerja keras dan sumbangan mereka kepada kelab ini.

"Mereka berkongsi sebanyak 192 penampilan, menjaringkan 51 gol dan mencatatkan 21 bantuan. 

"Kelab ini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan berterima kasih sekali lagi atas jasa mereka kepada kelab ini," kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, Ayron menjadi penjaring terbanyak Liga Super dengan menghasilkan 23 gol sepanjang kempen 2023.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video