Skip to main content

Bola Sepak

Penjaring gol terpantas Piala Dunia Perancis, Lacombe meninggal dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perancis.jpg
Penjaring gol terpantas skuad Piala Dunia Perancis pada kempen 1978, Bernard Lacombe, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Bekas penyerang Lyon dan Bordeux itu menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi selepas menderita sakit tua yang berpanjangan pada usia 72 tahun.

Dalam kancah Ligue 1, Lacombe mencatatkan rekod kejayaan yang mengagumkan selepas berjaya meledak 255 gol sepanjang 497 aksi permainan yang disertainya.

Selepas bersara dia kemudianya kembali bersama Lyon sebagai pengurus pasukan itu sejak 1996 sehinggalah 2000.

Dalam penampilan antarabangsanya bersama Perancis pula, Lacombe menyumbang 12 gol daripada 38 penampilanya dan muncul selaku pemain yang turut memastikan Perancis merangkul kemenangan dalam Kejohanan Eropah pada 1984.

 

Rekod yang paling diingati terutamanya oleh semua peminat bola sepak Perancis adalah ketika dia muncul selaku penjaring gol terpantas dalam Piala Dunia 1978 ketika hanya memerlukan tempoh 30 saat sahaja untuk merobek gawang Itali ketika itu.

Advertisement

Must Watch Video