Presiden baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Mohd Ayub, menegaskan tiada sebarang perubahan melibatkan sekretariat FAM yang membawa maksud, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azman Rahman akan terus dikekalkan.
Joehari mengakui ada kelemahan yang perlu diperbaiki membabitkan pengurusan liga yang disifatkannya ‘tidak sihat’.
Menjadi kebiasaan, perubahan tampuk pimpinan utama akan mempengaruhi barisan sekretariat yang baru.
Perkara itu tiada dalam rencana Joehari yang menyifatkan barisan sekretariat ketika ini tidak memiliki sebarang masalah dan tiada keperluan untuk ditukarkan.
Dalam sidang media pertama Joehari selaku presiden baru FAM, dia turut mengakui ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki khusus dalam pengurusan liga yang disifatkan sebagai tidak sihat.
"Ini (situasi liga) antara perkara yang kita akan lihat, kita tahu keadaan dalam Liga-M tidak berapa sihat.
"Ini adalah salah satu pelan yang akan kita lihat dan bekerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk memperbaiki keadaan liga," katanya dalam sidang akhbar selepas Kongres Pemilihan FAM pada Sabtu.
Dalam kongres yang berlangsung hari ini, FAM menerima barisan naib presiden yang baru antaranya Datuk Dollah Salleh, Datuk Azhar Jamaluddin, N. Saaran, dan masih mempertahankan jawatan yang sama penggal lalu Daruk Seri Rosmadi Ismail.