Skip to main content

Bola Sepak

Pengurus Spurs, Conte, positif COVID-19

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

antonio-conte.png
Tottenham mengesahkan bahawa pengurusnya, Antonio Conte, diuji positif COVID-19.

Bagaimanapun, kelab itu berharap pengendali berusia 52 tahun berkenaan akan dapat terlibat dengan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton and Hove Albion di London Utara hujung minggu ini.

"Antonio diuji positif COVID pada hujung minggu lalu dan sedang diasingkan dengan sebaiknya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.

"Kami menjangkakan dia bebas daripada sebarang gejala dan dapat mengemudi pasukan bagi perlawanan Sabtu ini."
 

Advertisement

Must Watch Video