BUNDESLIGA
Pengurus Dortmund mengeluh tentang jadual bola sepak elit
Pengurus Borussia Dortmund, Nuri Sahin, berkata jumlah perlawanan yang dimainkan oleh pemain bola sepak terkemuka tidak lagi mampan dan menjurus kepada peningkatan kecederaan.
Kelab Bundesliga itu akan kehilangan beberapa pemain, termasuk Niklas Sule, Waldemar Anton dan Julian Brandt menjelang perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Barcelona, awal pagi esok.
Walaupun dibelenggu kecederaan musim ini hingga kadangkala kehilangan 10 pemain, mereka adalah antara pasukan yang layak ke Piala Dunia Kelab FIFA yang mengandungi 32 pasukan tahun depan.
Iklan
"Itu bukan alasan. Saya tidak mencari alasan tetapi memang betul beban itu hampir tidak tertanggung terutama buat pemain kebangsaan,” katanya.
"Sebagai contoh, semalam kami merancang musim dalam Piala Dunia Kelab dan kami tidak tahu bilakah penjaga gol, Greg Korbel, boleh bercuti."
Format baharu UCL bermakna pasukan elit berdepan tambahan dua tugasan di peringkat kumpulan.
"Saya belum begitu tua lagi tetapi 10 dan 15 tahun yang lalu, permainannya berbeza seperti kurang pecut.
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) December 7, 2024
"Sekarang anda perlu benar-benar dikerah dalam setiap perlawanan.
"Saya tidak fikir FIFA akan mengubah apa-apa selepas kenyataan ini tetapi saya fikir beban pemain kebangsaan terlalu besar."
BVB diletakkan dalam Kumpulan F Piala Dunia Kelab bersama-sama dengan kuasa besar Brazil, Fluminense, Ulsan HD Korea Selatan dan Mamelodi Sundowns dari Afrika Selatan..
Must-Watch Video