Skip to main content

Bola Sepak

'Pengunduran ini bermaksud saya berjiwa besar' -- Hamidin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidin-joehari.jpg
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, menafikan merajuk merujuk kepada keputusan pengunduran dan tidak bertanding dalam Kongres pemilihan kali ini.

Umum mengetahui kritikan pedas sering diterima Hamidin sepanjang dia bersama dengan FAM.

Namun Hamidin menegaskan tiada siapa dapat menyangkal dia sudah berjaya membawa skuad negara ke dimensi berbeza sebaik sahaja layak ke pentas Piala Asia 2023.

Hamidin bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan desas-desus kemungkinan perlantikannya sebagai presiden kehormat yang membawa gelaran seumur hidup.

"Pengunduran ini adalah pilihan saya dan berilah peluang kepada individu lain memimpin FAM. Kita perlu berjiwa besar, bola sepak bukan milik sesiapa," kata Hamidin.

"Apa yang telah dilakukan sebelum ini adalah usaha terbaik dan kini adalah giliran individu lain untuk membawa pembaharuan."

Tegas Hamidin, dia tidak akan sesekali mengkritik pembaharuan dan kelainan yang bakal dilaksanakan selepas ini dengan menegaskan dia memberikan sokongan penuh di bawah kepimpinan presiden baru, Datuk Joehari Mohd Ayub.
 

Advertisement

Must Watch Video