Skip to main content

Bola Sepak

Pengiran Bala kecewa gagal "tapau" PKNS FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarawak-230717.jpg
Tumpas 1-0 kepada PKNS FC semalam jelas menerbitkan rasa kecewa buat pengendali Sarawak, Pengiran Bala, selepas menyifatkan perlawanan tersebut sebagai "boleh tapau".

Pengiran Bala yang memangku tugas David Usop bagai hilang selera selepas melihat anak-anak buahnya kehilangan tenaga dan idea.

"Saya tidak puas hati dan kecewa kerana mereka bermain jauh di bawah kemampuan sebenar.

"Saya menjangkakan kemenangan malam ini tetapi 45 minit pertama disia-siakan dengan pergerakan yang begitu perlahan berbanding lawan serta tanpa aksi agresif dan percubaan yang boleh dipuji," katanya.

Menurutnya, ketika di bilik persalinan, dia menuntut komitmen yang jitu daripada pemain-pemainnya.

"Saya desak mereka mencari ruang dan mencipta peluang.

"Selepas itu, ada sedikit peningkatan tetapi tidak cukup untuk mengekalkan momentum," tambahnya.

Ujar Pengiran Bala, sebelum aksi bermula, dia menjangkakan tiga mata akan diraih kerana bersandarkan prestasi yang meyakinkan ketika menentang JDT dan Terengganu sebelum itu.

"Bagaimanapun, apabila wisel sepak mula dibunyikan, pemain-pemain bagai hilang arah dan semua strategi tidak menjadi.

"Lebih mengecewakan, mereka gagal memberi reaksi pantas terhadap pergerakan lawan," katanya.

Ditanya mengenai keputusan untuk tidak menurunkan Abdul Rahim Abdul Razak lebih awal, Pengiran Bala memberi alasan terpaksa menyimpan pemain tinggi lampai itu setelah pemain pertahanan, Mazwandi Zekeria, mengalami kejang otot manakala Tommy Mawat Bada juga menunjukkan isyarat yang serupa.

Tekanan juga amat dirasai di bahagian benteng berikutan ketiadaan Demerson Bruno Costa dan Ronny Harun.

"Biarpun ada Hairol Mokhtar tetapi kubu menjadi lemah apabila tidak ada pasangan yang serasi," ujarnya.

Mengenai pertembungan dengan Melaka United pada Rabu depan, Pengiran Bala akan berbincang dengan fisioterapi pasukan untuk melihat baki pemain yang ada dan tidak menolak kemungkinan akan menyerap pemain dari skuad Piala Presiden jika terpaksa.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video