BOLA SEPAK MSIA
Penghargaan sarung jersi Harimau Malaya, mahu nama ada setiap kali panggilan kebangsaan -- Syamer Kutty
Pemain tengah negara, Syamer Kutty Abba, menyatakan keterujaannya sambil sedia menawarkan khidmat terbaik kepada skuad kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih baru, Peter Cklamovski.
Namun, ketua pasukan Penang itu sedar semua pemain termasuk dirinya perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan tempat selain menambat hari pengendali dari Australia itu menjelang tugasa penting negara iaitu saingan Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula Mac ini.
"Kami akan menunggu sewaktu panggilan pertama pemain untuk tugasan antarabangsa nanti.
Iklan
"Saya percaya dia adalah seorang jurulatih yang berkaliber dan akan memberikan yang terbaik buat negara.
Trust the process, Syamer Kutty akui perlu berusaha lebih keras untuk berada dalam projek baru Harimau Malaya. 🐯🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/b5YJOIXjTn— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 24, 2025
"Kami sebagai pemain harus menonjolkan aksi terpuji dalam saingan liga dan memberikan sepenuhnya buat negara.
"Jika diberi peluang, bermain untuk Harimau Malaya adalah satu penghargaan dan kami mahu nama kami ada dalam senarai setiap kali panggilan kebangsaan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Must-Watch Video