LIGA INGGERIS
Penggunaan VAR sekat momentum Tottenham
Pertahanan Tottenham Hotspur, Kieran Trippier, menyifatkan penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) membuatkan rentak pasukannya terganggu ketika menentang Rochdale, awal pagi tadi.
Pengadil perlawanan, Paul Tierney, menghentikan perlawanan seketika untuk merujuk kepada VAR dalam babak pertama.
Selepas sistem VAR membatalkan jaringan Erik Lamela ketika aksi berusia lima minit, ia sekali lagi membatalkan gol yang diraih Spurs, kali ini menerusi sepakan penalti Son Heung-Min.
Iklan
"Ia sesuatu yang gila. Jelas sekali keputusan itu mengganggu momentum di luar permainan walaupun kami faham bahawa kami perlu menunggu untuk pengadil membuat keputusan," ujar Trippier.
Pengendali Rochdale, Keith Hill, tidak menyalahkan situasi itu di bahu Tierney semata-mata.
"Ia sukar dikatakan dengan VAR. Tidak adil untuk menyalahkan pengadil.
"Pengadil keempat menjelaskan kepada kami apa yang berlaku. Ia mengelirukan. Kini, selepas terlibat dengan isu VAR, saya bersimpati dengan Tierney. Keputusan itu perlu dijelaskan kepada umum, termasuk visual.
"Saya harap mereka akan menjelaskan kepada penyokong satu hari nanti," kata Hill.
Dalam masa sama, Trippier turut memuji Rochdale kerana sentiasa hadir dengan cabaran yang hebat.
"Kami mencipta banyak peluang dalam babak pertama tetapi Rochdale berhak menerima pujian seperti sebelum ini," kata Trippier.
Must-Watch Video