Skip to main content

Bola Sepak

Penggempur Harimau Malaya bantu kelab Colombia tamat kemarau kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

holgado.jpg
Penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, membantu kelabnya, America de Cali, menamatkan kemarau sembilan perlawanan tanpa kemenangan apabila menewaskan Once Caldas 2-1 dalam aksi Categoria Primera A Colombia di Estadio Pascual Guerrero hari ini.

Holgado beraksi dalam kesebelasan utama dan mempamerkan permainan cemerlang sebelum dikeluarkan pada minit ke-74.

Dalam perlawanan itu, Jefry Ramirez terlebih dahulu meletakkan pelawat di depan pada penghujung separuh masa pertama tetapi America de Cali hanya memerlukan tiga minit selepas perlawanan bersambung untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jhon Moreno, di mana Holgado turut terlibat mencetuskan jaringan berkenaan.

Cristian Puertas kemudian memastikan kemenangan kedua kelab berkenaan dalam Torneo Finalizacion 2025 menerusi gerakan solo menariknya pada minit ke-57.

Holgado dijangka akan sekali lagi dipanggil untuk bersama skuad kebangsaan bagi dua aksi menentang Laos dalam pusingan kelayakan Piala Asia bulan depan.
 

Advertisement

Must Watch Video