Kad merah yang dilayangkan buat kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta, ketika menentang Aston Villa kini ditarik balik oleh Persatuan Bolasepak England (FA) malam tadi selepas rayuannya diterima.
Pemain pertahanan itu dibuang padang kerana tindakan ganasnya pada minit terakhir sewaktu Chelsea tewas 1-2 di Villa Park hujung minggu lalu susulan dilihat melakukan kekerasan ke atas Jack Grealish.
Azpilicueta sepatutnya digantung tiga perlawanan domestik awal musim depan tetapi keputusan itu kini ditarik balik FA.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FA berkata: "Suruhanjaya pengawalseliaan bebas telah menarik balik penggantungan tiga perlawanan Cesar Azpilicueta susulan tuntutannya mengenai keputusan buang padang yang salah."
Walaupun tewas perlawanan terakhir mereka kepada Villa, Chelsea masih layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keempat.
The Blues masih berpeluang untuk memenangi gelaran Eropah musim ini menjelang pertemuan dengan Manchester City dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Porto hujung minggu ini.

Regulation and discipline update on @ChelseaFC pic.twitter.com/H99UmJMeI3
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) May 25, 2021
Walaupun tewas perlawanan terakhir mereka kepada Villa, Chelsea masih layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keempat.
The Blues masih berpeluang untuk memenangi gelaran Eropah musim ini menjelang pertemuan dengan Manchester City dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Porto hujung minggu ini.
Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM