LIGA SUPER MSIA
Pengganti Jalil Elias sudah tiba
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Enzo Lombardo sebagai pemain terbaru mereka hari ini.
Selepas mengumumkan kehadiran pemain yang berasal dari Republik Korea, Park Jun-heong, semalam, kini giliran Enzo Lombardo diperkenalkan juara Liga Super itu.
JDT mengumumkan pemain tengah, Enzo Lombardo sebagai senjata import baharu Harimau Selatan.
Menerusi video yang dimuat naik di laman X JOHOR Southern Tigers, bekas pemain Real Mallorca berusia 27 tahun itu akan memakai jersi nombor 7 bagi menggantikan Jalil Elias.