Skip to main content

Bola Sepak

Pengerusi Leeds lengkapkan pengambilalihan Sampdoria

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

250287860.jpg
Sebuah konsortium yang merangkumi pengerusi Leeds, Andrea Radrizzani, telah menyelesaikan pengambilalihan kelab Itali, Sampdoria.

Pemegang saham majoriti Leeds, syarikat Aser Group milik Radrizzani dan syarikat kewangan Gestio Capital mengumumkan mereka telah membuat perjanjian untuk menyelamatkan Sampdoria.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman media sosial wartawan Itali Sky Sports, Gianluca Di Marzio, Radrizzani berkata, “Kami sangat teruja untuk dapat mengumumkan bahawa kami telah menyelesaikan pemerolehan kelab yang luar biasa ini.

.@sampdoria, il comunicato di #Manfredi e #Radrizzani https://t.co/L4iNYupmZP
— Gianluca Di Marzio (@DiMarzio) May 30, 2023

“Sejarah dan legasi Sampdoria kekal selamat dan saya rasa kebahagiaan saya adalah (untuk) semua orang.

“Saya mengucapkan terima kasih terutama sekali kepada semua orang yang bekerja tanpa henti untuk memastikan perjanjian ini mendapat kesimpulan yang adil.

“Dan khususnya saya perlu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Matteo (Manfredi, pengetua Gestio Capital) dan kepada peguam De Gennaro.

“Tanpa mereka semua ini tidak mungkin berlaku. Mulai hari ini kita teruskan…. dan saya sendiri tidak sabar untuk bekerja.”

Radrizzani, yang membeli Leeds dengan harga GBP45 juta pada 2017, dijangka menjual 56 peratus kepentingannya dalam kelab Liga Perdana Inggeris itu kepada pemilik bersama Amerika 49ers Enterprises.

Advertisement

Must Watch Video