Skip to main content

Bola Sepak

Pengendali Vietnam sah jurulatih ASEAN All Star jumpa Man Utd di SNBJ, 12 negara bentuk pasukan terhebat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kimsangdik.jpg
Pengendali Vietnam, Kim Sang-sik, dipilih selaku ketua jurulatih ASEAN All Star menjelang perlawanan pramusim menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei ini.

Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) menerusi kenyataan rasmi hari ini.

Kecemerlangan merangkul kejuaraan tanpa tewas Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 merupakan punca utama jurulatih dari Korea Selatan itu dipilih, sekali gus mengetuai cabaran Asia Tenggara untuk menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

"Adalah satu penghormatan untuk memimpin pemain terbaik dari seluruh ASEAN dalam perlawanan sebesar ini.

“Kami bukan sekadar mewakili negara kami, malah kami menunjukkan kepada dunia kebanggaan, semangat, dan kekuatan rantau kami,” katanya.

Pasukan terhebat ASEAN itu akan dibentuk menampilkan pemain terbaik yang dipilih daripada semua 12 persatuan di bawah ahli gabungan AFF, mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan kolektif bola sepak Asia Tenggara.

Advertisement

Must Watch Video