LIGA SUPER MSIA
Pengendali kelab bekas juara Liga Thai ambil alih Kelantan United
Ailton dos Santos Silva memilih untuk mengendalikan Kelantan United kerana mahukan cabaran baru bersama kelab di Asia Tenggara, terutamanya Liga Malaysia.
Pengendali kelahiran Brazil itu turut mengakui tumpuannya kini terarah kepada proses untuk mengembalikan semula keyakinan Sang Kijang Hijau sekaligus bangkit di pusingan kedua Liga Super dan keluar daripada kelompok bawahan.
Ailton dalam perkembangan sama turut memberikan bayangan beliau sudah mempunyai beberapa calon import yang bakal dibawa masuk ketika jendela perpindahan kedua pemain dibuka pada 5 Julai depan.
Iklan
Untuk rekod, Kelantan United merupakan kelab ketiga Ailton di rantau ASEAN selepas Chiangmai United dan menjulang kejuaraan Liga 1 Thailand bersama Chiangrai United pada musim 2019.
Must-Watch Video