Skip to main content

Bola Sepak

Pengalaman Khairul Fahmi setangkas pemain muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-fahmi-che-mat.jpg
Pemain Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat, teruja apabila namanya tersenarai dalam radar jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, untuk kem latihan pusat kebangsaan bulan depan.

Dia antara 30 pemain yang akan melaporkan diri untuk kem latihan fasa pertama yang tidak melibatkan pemain utama Harimau Malaya berikutan mereka hanya akan dipanggil dalam kem latihan fasa kedua selepas itu sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang tarikh penundaannya belum ditetapkan.

"Hampir dua tahun saya tidak menyertai pasukan kebangsaan.

"Selepas kali terakhir dipanggil pada 2018, saya memang berazam untuk kembali ke pasukan kebangsaan pada 2020 tetapi tiada panggilan pusat pada tahun ini. 

"Kalau betul Tan Cheng Hoe beri peluang kepada saya, (maka) sasaran saya sudah tercapai.

"Apabila berada dalam skuad kebangsaan, saya akan cuba berikan saingan yang sihat untuk pasukan," kata bekas produk Harimau Muda itu.

 

Datuk Hamidin Bincang Hala Tuju Bola Sepak Negara Dengan YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul Presiden Persatuan...

Posted by Football Association of Malaysia on Tuesday, December 22, 2020


Tegas Apek, faktor usia tidak menghalangnya untuk memikat hati Cheng Hoe malah mengakui pengalaman luasnya sebagai penjaga gol yang boleh dikongsi bersama pemain muda. 

"Pasukan negara tidak ketandusan bakat.

"Walaupun saya akan mencecah umur 32 tahun, kudrat saya masih boleh bersaing dengan pemain muda contohnya seperti penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon," katanya, yang turut dinamakan dalam pencalonan Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 dengan pemenangnya akan diumumkan Rabu ini. 


 

?️ UNDIAN PENYOKONG ABK20 VIRTUAL ? KATEGORI: PENJAGA GOL TERBAIK ? Sudahkah anda mengundi pemain pilihan anda? Klik ➡...

Posted by Malaysian Football League on Tuesday, December 22, 2020
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video