Pengadil perlawanan sangat bodoh -- Luah ketua pasukan Myanmar
Saufi Tahir
November 15, 2024 16:37 MYT
November 15, 2024 16:37 MYT
Penyerang kebangsaan Myanmar, Maung Maung Lwin, tidak dapat menahan kekecewaannya selepas tewas 2-3 berdepan Singapura dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.
Pemain berusia 29 tahun itu menyalahkan pengadil perlawanan sepenuhnya selepas beberapa keputusan kontroversi sepanjang perlawanan itu.
"Kalah sekali lagi, kami sangat tidak bertuah. anda boleh lihat pengadil perlawanan sangat bodoh. Saya memohon maaf mengatakan perkara ini.
"Kami telah berikan yang terbaik, tetapi pengadil... Saya tidak mahu menjelaskan apa-apa lagi." katanya selepas perlawanan.
Tiga jaringan anak buah Tsutomu Ogura hadir menerusi Shawal Anuar, Naqiuddin Eunos dan Farhan Zulkifli, manakala, gol Myanmar dihadiahkan oleh Ye Yint Aung dan Thiha Zaw.
Im dying ?? pic.twitter.com/lkOyW7DouZ
— ian ?? (@lfc1an) November 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.