LALIGA
Pengadil La Liga raih pendapatan hampir RM20,000 setiap perlawanan
Pengadil perlawanan di saingan bola sepak La Liga Sepanyol menghasilkan pendapatan hampir RM20,000 dalam mengadili sesebuah perlawanan bola sepak menjadikan jumlah setahun pendapatan mereka hampir mencecah RM1 Juta setahun.
Malah elaun tambahan juga menanti mereka sekiranya mengendalikan Video Bantuan Pengadil (VAR), membuat keputusan yang tepat dalam sesebuah perlawanan dengan menjadikan pengadil perlawanan La Liga antara pengadil yang mendapat bayaran kadar upah tertinggi.
Pendapat lumayan turut diraih sekiranya mengadili perlawan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan bayaran tambahan mencecah RM30,000 bagi setiap perlawanan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan mutu pengadil bola sepak yang berkualiti semestinya akan menjadikan perlawanan bola sepak lebih produktif.