Constantine Hatzidakis akan kembali bertugas pada hujung minggu ini dalam divisyen kedua selepas insidennya menyiku pertahanan Liverpool, Andy Robertson.
Penolong pengadil itu disiasat oleh Persatuan Bolasepak (FA) berhubung insiden ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan The Reds menentang Arsenal, awal bulan ini.
Rakaman televisyen menunjukkan bahawa siku Hatzidakis bersentuhan dengan dagu Robertson di penghujung separuh masa pertama dan dia berkata sudah pun meminta maaf.
Dia akan bertindak sebagai penolong pengadil dalam perlawanan Kejuaraan di antara Preston North End dan Blackburn Rovers di Deepdale.
Hatzidakis kemudiannya akan kembali bertugas dalam EPL untuk menjalankan amanah di bahagian video bantuan pengadil (VAR) bagi pertembungan Leeds United dan Leicester City di Elland Road.

Referee appointments for 22-27 April have been confirmed.#EFL https://t.co/vflINEHoeD
— EFL (@EFL) April 18, 2023