Negeri Sembilan memberi amaran kepada pencabar lain bahawa mereka masih belum mengaku kalah untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Super selepas mempamer aksi berkualiti ketika menundukkan PKNS FC 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Kehadiran jurulatih dari Portugal, Mario Lemos, memberi nafas baru kepada Negeri Sembilan yang tampak sudah menjadi sebuah pasukan berbeza.
Enam mata dalam dua perlawanan mula menyuntik keyakinan yang mereka masih berpeluang memintas beberapa pasukan lain bagi menempatkan diri dalam 10 pasukan teratas sebelum musim berakhir.
"Keputusan minggu ini, Melaka menang, Kuala Lumpur menang, Selangor menang. Sudah tentu Selangor akan naik tetapi pasukan itu semuanya menang. Dan kalau kita tidak menang malam ini, kita boleh kumpul enam mata? Saya tidak fikir ia mustahil tetapi ia semakin sukar.
"Saya rasa kami memberi tekanan kerana pasukan-pasukan di atas melihat ke bawah juga. Dengan enam mata daripada dua perlawanan, ia memberikan tekanan kepada mereka," kata Lemos.
Pemain tengah, Flavio Beck Junior, yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu, menghamburkan pujian kepada pendekatan Lemos kerana berjaya menaikkan kembali semangat pasukan selepas dirundung prestasi hambar dari awal musim ini.
"Dia jurulatih muda tetapi dia adalah jurulatih hebat. Memberi latihan yang baik, memberi motivasi kepada pemain dan menghormati pemain. Pemain juga perlu dihormati," kata Junior.
Bagi PKNS, mereka menerima kekalahan itu sebagai wajar walaupun lawan mendapat dua sepakan penalti yang memberi kesan kepada semangat melawan pemain.
"Jaringan kedua menjatuhkan semangat kami. Dan selepas jaringan ketiga, ia nyata menjejaskan fokus permainan kami," kata jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal.