Skip to main content

Bola Sepak

Pendatang baru Brentford aib Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brentford.jpg
BRENTFORD 2 ARSENAL 0

Mikel Arteta khuatir dengan situasi tempang Arsenal selepas mereka memulakan kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL) di Brentford dengan kekalahan 0-2, sebentar tadi. 


The Gunners melancarkan 22 percubaan tetapi hanya empat menuju ke sasaran sambil ketumpulan itu diselubungi ketiadaan Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette akibat masalah kesihatan. 

Folarin Balogun diberikan permulaan pertamanya dalam liga sebelum digantikan selepas 59 minit, pada masa itu Arsenal sudah ketinggalan susulan gol pembukaan babak pertama oleh Sergi Canos.

Arteta bertambah kecewa apabila gawang mereka sekali lagi dirobek dengan gerakan lontaran ke dalam yang jauh untuk tandukan Christian Norgaard melengkapkan kejutan Brentford. 

Lantas, Arsenal perlu menggandakan usaha ketika menjadi tuan rumah kepada Chelsea selepas ini.

"Ini sama sekali berbeza tentang soal keinginan kami untuk memulakan musim ini," kata Arteta kepada Sky Sports.

"Kami tidak bermula dengan baik dalam separuh masa pertama. Kami dibolosi di sudut sukar. Kami tidak cukup bagus untuk mengekang hantaran jauh untuk gol kedua itu.

"Kegusaran terbesar saya ialah ancaman yang kami miliki di depan pintu gol lawan. Beberapa kali kami dalam situasi menarik tetapi tidak cukup mengancam, tidak cukup dalam hal percubaan tepat. 

"Sekiranya kami tidak memanfaatkannya dalam EPL maka adalah sukar untuk menang."

Tambahnya: "Kami tidak cukup bagus untuk menundukkan mereka. Untuk melakukannya, kami perlu menyajikan asas-asas tertentu dengan betul tetapi kami tidak melakukannya.

"Di dalam kotak penalti, kami perlu lebih mengancam sebanyak mungkin. Ketika berada di posisi ini, kami harus lebih berbisa."

Pengendali dari Sepanyol itu juga berasakan penjaga gol, Bernd Leno, terlebih dahulu dihalang hingga membawa kepada gol kedua Brentford.

Dia berkata: "Mereka meletakkan seseorang di depan penjaga gol. Mereka dapat menahan pergerakannya tetapi ia bukanlah adegan sepakan percuma. Pergerakan penjaga gol kami tersekat. Dia tidak dapat bergerak, kemudian bola mendarat lalu gol terhasil. Gerakan seperti ini hanya dibenarkan dalam EPL."






Pengurus Brentford, Thomas Frank, sebaliknya menikmati kejayaan yang tidak akan dilupakan buat sebuah kelab kerdil apabila berseloroh menggambarkan pasukannya sebagai hanya "sebuah perhentian bas di Hounslow" yang merujuk kepada sorakan peminat.

"Peminat kami luar biasa, suasananya hebat," kata Frank. 

"Kali pertama dalam divisyen teratas dan membuka kempen ini dengan menduduki puncak liga, ini adalah satu yang kisah hebat.

"Kami hanyalah sebuah perhentian bas di Hounslow -- kami tidak sepatutnya berada di sini!"

Gol kedua Brentford itu adalah satu taktik yang sememangnya sudah diterapkan Frank untuk menghukum pemain baru seteru London berkenaan, Ben White, yang mengisi pusat pertahanan. 

"Dalam situasi bola pegun itu, kami fikir kami lebih baik. Itulah sebabnya kami menggunakan lontaran jauh," katanya. 

"Kami memang terlintas bahawa ada kemungkinan kami boleh memanfaatkan bola tinggi, kami mampu memenangi bola dan mencipta peluang.

"Saya rasa barisan pemain hari ini layak mendapat pujian dan meraikannya sedikit. 

"Kami telah mengharungi pra-musim yang keras, anda boleh lihat bahawa pemain saya cergas dan sentiasa berlari." 



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Topik Berkaitan

Must Watch Video