Enggan dikecewakan buat kali keempat, naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Arsenal, sedia merebut kejuaraan menjelang saingan 2025/26 yang akan bermula minggu hadapan.
Selepas beberapa siri perlawanan persahabatan, The Gunners kembali ke Stadium Emirates menemui peminat tempatan untuk meneruskan aksi pramusim seterusnya berdepan wakil LaLiga, Athletic Club, semalam.
Dalam pertemuan tersebut, Arsenal menguasai keseluruhan permainan dengan penguasaan sebanyak 59 peratus sebelum menundukkan wakil Sepanyol itu dalam pertembungan Piala Emirates di tempat sendiri.
Lebih menarik, penyerang yang dinanti-nantikan akhirnya mula memukau dengan sentuhan jaringan pertamanya sejurus tiba dari Sporting CP dengan perpindahan bernilai sekitar £55 juta (RM312 juta), dengan tambahan bonus prestasi yang boleh mencecah sehingga £8.7 juta.
Victor Gyokeres menjaringkan gol perdananya bersama Arsenal, sekali gus memberikan bayangan bakal tampil lebih garang dalam musim ini.
Kemenangan kelab London itu juga dibantu oleh jaringan Bukayo Saka dan bekas pemain Chelsea, Kai Havertz, sebelum merangkul trofi pramusim itu.
Skuad kendalian Mikel Arteta sekali lagi menjadi calon juara EPL musim baharu dengan kemasukan pemain ternama, dengan misi sama untuk mengakhiri penderitaan tanpa kejuaraan.

A great pre-season test ?
— Arsenal (@Arsenal) August 9, 2025
? @emirates pic.twitter.com/Mdhy9TjSuo
Lebih menarik, penyerang yang dinanti-nantikan akhirnya mula memukau dengan sentuhan jaringan pertamanya sejurus tiba dari Sporting CP dengan perpindahan bernilai sekitar £55 juta (RM312 juta), dengan tambahan bonus prestasi yang boleh mencecah sehingga £8.7 juta.
Victor Gyokeres menjaringkan gol perdananya bersama Arsenal, sekali gus memberikan bayangan bakal tampil lebih garang dalam musim ini.
Kemenangan kelab London itu juga dibantu oleh jaringan Bukayo Saka dan bekas pemain Chelsea, Kai Havertz, sebelum merangkul trofi pramusim itu.
Skuad kendalian Mikel Arteta sekali lagi menjadi calon juara EPL musim baharu dengan kemasukan pemain ternama, dengan misi sama untuk mengakhiri penderitaan tanpa kejuaraan.
Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM