Skip to main content

Bola Sepak

Penat bukan alasan buat Ariff

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

26717arifffarhan.jpg
Tonggak pertahanan Kedah, Ariff Farhan Md Isa, enggan menjadikan alasan penat untuk dia diketepikan daripada aksi Liga Super berdepan Kelantan malam ini selain menganggap sudah bersedia kembali membantu pasukannya meraih kemenangan.

Ariff Farhan baru sahaja tiba di tanah air dari Bangkok kelmarin selepas aksi kelayakan Kejohanan AFC Bawah 23 tahun sebelum kembali menyambung sesi latihan bersama Kedah, semalam.

Tiada waktu bersenang-lenang untuknya dan juga seorang lagi pemain, Amirul Hisyam Awang Kechik, demi membantu pasukan memastikan tiga mata berjaya diraih kali ini.

Layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC nyata memberi suntikan semangat berterusan kepada Ariff Farhan untuk mengorbankan masa rehatnya sebelum kembali ke kem latihan pusat bimbingan Datuk Ong Kim Swee pada 6 Ogos.

"Ia bukan masalah untuk beraksi dalam saingan Liga Super. Penat bukan alasan untuk tidak menjalani latihan bersama Kedah," katanya.

Tambah pemain berusia 21 tahun ini, prestasi sewaktu di Bangkok bagaimanapun masih belum mencapai kepuasan untuk dirinya, dengan tekadnya kini mahu membuktikan tahap kemampuannya berdepan Kelantan.

Enggan bersandarkan nasib, Arif Farhan percaya Kedah sudah belajar daripada kekalahan 3-1 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempoh hari.

"Kelantan adalah pasukan yang berkualiti tetapi Kedah akan terus berusaha mencari tiga mata penuh," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video