Penang sudah mulakan proses naturalisasi Rafael Vitor

Muzaffar Musa
Mac 5, 2024 19:17 MYT
Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew, tidak menafikan ada usaha daripada pasukan itu untuk menaturalisasikan pertahanan import, Rafael Vitor.
Menurutnya, proses pengumpulan dokumen sedang berlaku dan Vitor disasarkan untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan musim depan.
Ini kerana, pemain kelahiran Brazil itu mula menyertai Penang pada 2020 dan masih memerlukan tempoh setahun lagu untuk melengkapkan syarat lima tahun yang ditetapkan.
"Mungkin dinaturalisasikan tahun depan," kata Jeffrey kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Prosesnya akan bermula tahun ini dan kami akan melihatnya tahun depan.
"Kami memiliki pemain yang boleh dinaturaliskan dan harap-harap dia bersetuju untuk dinaturalisasikan tahun depan, jadi kita akan lihat apa yang akan berlaku.
"Bukan tahun ini kerana kami perlu melengkapkan proses. Kami hanya ada seorang pemain yang baru empat tahun di sini, biasanya proses itu memerlukan lima tahun, jadi ia untuk pendaftaran tahun depan," katanya.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Penang FC #Rafael Vitor #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;