Skip to main content

Bola Sepak

Penang sasar dalam kelompok tujuh terbaik Liga Super!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang.jpg
Pengurus besar Penang, Jeffrey Chew, menegaskan pihak pengurusan memberi kuasa penuh kepada ketua jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail, bagi membentuk pasukan ampuh untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2025/26 terutamanya dalam aspek pemilihan pemain tempatan dan import.

Dia berharap agar tradisi menukar pemain import ketika jendela perpindahan kedua tidak lagi akan berlaku pada musim akan datang kerana ianya melibatkan kos kewangan kelab.

Malah, Jeffry juga berkongsikan skuad Pulau Mutiara itu bakal mengharungi enam aksi pemanas badan pramusim termasuklah berdepan sebuah kelab dari liga utama Kemboja.


 


Untuk rekod, Penang sudahpun mengharungi tiga aksi persahabatan pramusim dan terbaru tewas 1-3 kepada Terengganu semalam.

"Tahun ini keputusan siapa pemain yang masuk dan keluar masih di tangan jurulatih dan juga barisan kejurulatihan. Pemain yang kami dapat berpengalaman.

"Tahun ini kami anggarkan enam perlawanan berdepan pasukan dalam Liga Super dan satu aksi menentang pasukan luar negara,' katanya. 

Dalam pada itu, pihak pengurusan Penang sudahpun menetapkan sasaran untuk Harimau Kumbang berada di kelompok tujuh pasukan terbaik dalam saingan Liga Super musim depan. 

"Saya dan pihak pengurusan berharap kedudukan satu hingga tujuh, sasaran ini realistik dan berdasarkan bajet seperti musim lalu." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video