Skip to main content

Bola Sepak

Penang FC hanya bernasib baik -- Jeffry Chew

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jeffry-chew.jpg
Sebagai pasukan bermaruah berada dalam slot Piala Malaysia dan Liga Super musim depan hanya kerana 'ehsan' gagal menghadirkan kepuasan sebenar.

Pengurus Besar Penang FC, Jeffry Chew, perangkaan besar-besaran akan dibuat jika ada keperluan untuk mengubah tampuk kejurulatihan dan perkara itu akan dipertimbangkan jika perlu.

Kesulitan Penang FC mencari kutipan mata musim ini begitu parah.

19 perlawanan, dengan hanya 10 mata meletakkan pasukan itu di tangga tercorot Liga Super.

Seakan telur di hujung tanduk, pecutan prestasi dikerah sepenuhnya namun umpama terselamat daripada lubang yang dalam, perubahan format daripada pihak penganjur, Malaysian Football League (MFL), menyelamatkan Penang FC daripada terus tersungkur.

Atas dasar maruah -- perkara itu melegakan namun bukan untuk dibanggakan.

"Jika format tidak ditukar, kami mungkin akan beraksi dalam Liga Perdana," kata Jeffry menerusi Nadi Arena.

"Buat masa ini, kami sedang berusaha untuk mendapatkan aksi yang terbaik bagi mendapatkan penghujung musim yang cemerlang."

Jeffry tidak menolak Penang FC akan melewati perubahan di tampuk kejurulatihan jika perlu.

"Buat masa ini, Datuk Zainal Abidin Hassan kekal sebagai ketua jurulatih, dia mengetahui cabaran yang perlu dihadapi pasukan ini bagi musim ini.

"Namun kami akan cuba berbincang bagi merencanakan musim yang lebih baik tahun depan."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video