Skip to main content

Bola Sepak

Penalti Mac Allister bantu Brighton benam Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alexis-mac-allister_272019118.jpg
Alexis Mac Allister membawa Brighton ke tangga keenam dalam Liga Perdana Inggeris selepas menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan yang penuh dramatik untuk menjejaskan harapan Manchester United layak ke pentas Liga Juara-Juara.

Pemenang Piala Dunia Argentina itu dengan cemerlang menyumbat masuk bola ke sudut kiri pada minit ke-99 selepas Luke Shaw dilayangkan kad merah kerana bola terkena tangan berikutan campur tangan VAR.

Kemenangan 1-0 Albion daripada pertandingan Stadium Amex yang menggembirakan membuatkan mereka memintas Tottenham dan Aston Villa.

Seagulls hanya empat mata di belakang Liverpool serta berkelebihan dua perlawanan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video