Cristiano Ronaldo menemui sasaran menerusi sepakan penalti untuk membantu Al-Nassr melakar kemenangan 2-0 ke atas 10 pemain Al-Wehda dalam saingan Liga Pro Saudi semalam.

Angelo membantu tuan rumah membuka jaringan empat minit sebelum tamat separuh masa pertama, dan permainan Al-Wehda bertambah buruk apabila Waleed Bakshween diarah keluar padang.

Al-Wehda mempamerkan usaha untuk kembali mengejar permainan, dengan Youssef Amyn melepaskan percubaan deras namun tersasar sebelum Juninho Bacuna memaksa Bento untuk menafikan percubaan selepas perlawanan bersambung.

Al-Nassr akhirnya berjaya memastikan tiga mata berjaya diperoleh apabila Mohamed Al-Makahasi menjatuhkan Sultan Al-Ghannam dan Ronaldo tidak melakukan sebarang kesilapan untuk menyempurnakan sepakan penalti.

Al-Nassr kini menghuni tangga kedua liga, hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Al-Hilal, dengna Al-Wehda menghuni tangga ke-14.