Penaja ambil keputusan tukar logo bola menjelang aksi akhir Piala FA Malaysia

Afiq Azfar
Ogos 22, 2024 15:54 MYT
Penaja dan pengeluar bola rasmi Liga Bola Sepak Malaysia, Active Sports telah mengambil keputusan untuk menukar logo pada bola rasmi perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2024.
Menerusi kemaskini oleh syarikat tersebut, tindakan itu susulan timbulnya isu logo pasukan Selangor yang dicetak pada bola tersebut yang memaparkan kalimah yang dilihat mengganggu sensitiviti umat Islam.
Lantas tindakan pantas diambil oleh Active Sports untuk menukar logo bola berkenaan kepada tulisan pasukan JDT & SEL, sekaligus mengelakkan perdebatan dan kontroversi ini berlanjutan di mana ianya akan merencatkan kehangatan perlawanan akhir yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
"Kami dari pihak Activesports cakna atas sensitiviti dan memohon maaf akibat kekhilafan. Suara anda penyokong ke-12 sangat penting buat kami yang juga perlukan sokongan anda"
"Jadi inilah bola matchball rasmi yang akan digunakan FA Cup final nanti. Kami di Activesports berbesar hati atas keprihatinan semua dan berterima kasih atas sokongan anda! Dapatkan matchball rasmi FA Cup hanya di Activesports!"
#JDT #Piala FA Malaysia #Selangor FC
;