Beri peluang buktikan kredibiliti dan sokong pasukan kebangsaan.
Seramai 11,653 tiket telah terjual dan ini bakal menjadi hari terbaik buat peminat Malaysia untuk menyaksikan Harimau Malaya memburu kemenangan pertama menentang Vietnam di halaman sendiri sejak 2010.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memperoleh kemenangan berdepan Vietnam di tempat sendiri ialah 15 tahun lalu dalam saingan Piala AFF Suzuki.
Menjelang perlawanan seterusnya pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, skuad kendalian Peter Cklamovski dalam fasa terakhir mempersiap pasukan menghadapi misi hidup mati di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 10 Jun ini.
Seperti laporan Stadium Astro sebelum ini, juara Pestabola Merdeka itu akan diperkuat beberapa pemain warisan terbaru seperti Jon Irazabal, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.
Menariknya, difahamkan ketiga-tiga pemain kacukan itu sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Facundo Garces telah diperkenalkan dan menjalani hari pertama sesi latihan bersama Harimau Malaya, semalam.
Kecemerlangan Hector Hevel dan Gabriel Palmero menonjolkan sisi memukau apabila menampilkan permainan berkualiti mencuri tumpuan peminat tempatan.
"Daripada segi pengalaman sebagai pemain profesional, saya rasa perkara itu tidak perlu dipertikai.
"Pemilihan mereka tidak salah jika mereka dapat membantu skuad kebangsaan, cuma perlu diberi masa.
"Vietnam ialah pasukan yang berkualiti.
"Bahagian serangan sudah lama menjadi masalah buat kita selepas sekian lama," kata pemenang Kasut Emas Liga Super 2009, Nizaruddin Yusof.

7️⃣ hari lagi menjelang perlawanan kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027, Malaysia ?? ?️ ?? Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun 2025.
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 3, 2025
Ayuh penyokong Harimau Malaya, dapatkan tiket sekarang di https://t.co/gpQA3lzunC#FAM #HarimauMalaya #ACQ2027 pic.twitter.com/Clgyefqy6u