Mauricio Pochettino memberi amaran bahawa tanda harga tinggi bukanlah satu jaminan buat pemain berada dalam kesebelasan utama Chelsea yang berbelanja melepasi £350 juta (RM2 bilion), musim panas ini.
Mereka membuat rombakan besar-besaran termasuk menyambut semula lapan pemain pemain yang kembali daripada pinjaman.
Romeo Lavia dibeli daripada Southampton dan sasaran mereka sejak beberapa musim lalu, Moises Caicedo, yang ditandatangani daripada Brighton dengan rekod Britain £115j (RM681.3j) bakal membarisi The Blues yang berwajah baru di bawah era Pochettino.
"Pemain yang tidak gembira dan tidak mahu berjuang untuk merebut posisi dan menjadi sebahagian daripada pasukan, beraksi mahupun tidak, pintu sentiasa terbuka untuk mereka berhijrah," kata pengurus itu.
“Pemain sedar bahawa mereka perlu bersaing untuk kedudukan mereka dan kemudian jurulatihlah yang akan menentukan siapa yang terbaik untuk setiap perlawanan.
“Bukannya jika kami menandatangani pemain dengan berbelanja besar, maka mereka pasti akan diturunkan. Saya tidak memberi jaminan kepada Moises atau Lavia bahawa mereka akan diturunkan, sama ada mereka bagus atau tidak.
“Pemain berbakat, pemain yang kami laburkan, setiap hari mereka ini perlu membuktikan bahawa mereka layak untuk bermain."

Menurutnya lagi: “Tugas saya adalah untuk berlaku adil dengan semua orang di dalam skuad ini. Jika pemain menandatangani kontrak sepanjang lapan tahun dan selepas itu dia tidak beraksi, tidak mahu terlibat, tiada menujukkan komitmen dengan pasukan -- adakah dia akan tetap dipertaruhkan. Itulah tugas saya, biar ia menjadi ukurannya.
“Saya mendapat sokongan pemilik, saya mendapat sokongan pengarah sukan. Mereka perlu percaya kepada penilaian kami,
"Ia tidak perlu dibayangi isu di media sosial, ia adalah mengenai penilaian kami sendiri."