Pemain Vietnam takut dengan kelibat Zaquan di atas padang - Datuk K. Rajagobal
Saufi Tahir
Mac 14, 2024 17:02 MYT
Mac 14, 2024 17:02 MYT
Bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menyifatkan kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak mempunyai karakter dan mentaliti tidak mudah berputus asa yang luar biasa ketika berada di atas padang.
Pemain yang menaburkan bakti bersama pasukan Negeri Sembilan pada musim lalu itu baru sahaja mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun selepas menerima sekeping surat yang menjelaskan bahawa kontraknya tidak dilanjutkan.
Jurulatih itu menjadi antara individu yang mengenengahkan bakat Zaquan ke peringkat lebih tinggi terutamanya ketika kempen Sukan Sea 2009 selepas berjaya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak mengatasi Vietnam 1-0.
Jatuh 1 kali bangkit 5 kali, itu Zaquan Adha. Bekas jurulatih Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal akui susah nak cari pemain macam Zaquan. Fighter! ???@ASTROARENA pic.twitter.com/JncptGWWr3
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sukar untuk mendapat karakter pemain seperti Zaquan kerana dia telah melalui empat kali kecederaan ACL dan masih lagi berani untuk bermain bola sepak.
"Dia juga mempunyai kualiti serta semangat kepimpinan yang tinggi dalam pasukan.
"Saya masih ingat ketika Sukan Sea 2009, walaupun dia mempunyai masalah mata tetapi pada perlawanan akhir dia tetap komited untuk bermain.
"Pemain Vietnam takut dengan kelibat dia kerana kesungguhan dan keberanian ketika berada di atas padang."