Skip to main content

Bola Sepak

Pemain tengah Sporting Gijon dalam proses dokumentasi akhir wakili Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mendez.jpg
Pemain tengah Spoting Gijon, Nacho Mendez, dilaporkan sedang dalam proses dokumentasi akhir untuk mewakili Harimau Malaya.

Menurut pendedahan eksklusif wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, perancang berusia 27 tahun itu difahamkan sedang bersedia untuk menerima panggilan kebangsaan dan berkemungkinan dapat beraksi ketika skuad negara bersaing dalam Kejohanan Piala CAFA bermula hujung bulan depan.

Difahamkan juga, Mendez boleh mewakili Malaysia selaku pemain warisan menerusi susur-galur datuknya yang dilahirkan di Pulau Pinang.

Sebagai rekod, Mendez mewakili Gijon sejak 2017 dan teah mengumpulkan 218 penampilan, 17 gol dan 11 bantuan jaringan.
   

Advertisement

Must Watch Video