AC Milan membenarkan pemain tengah, Juraj Kucka, untuk meninggalkan kelab itu apabila melepaskan pemain Slovekia itu untuk menyertai Trabzonspor menerusi perpindahan bernilai EUR6 juta.
Kucka beraksi dalam 23 perlawanan Serie A musim lalu ketika Milan menduduki tangga keenam liga dan gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah, lalu dibenarkan untuk menyertai pasukan Super Lig Turki.
Milan telah mendapatkan tujuh pemain baru sejak hujung musim lepas menerusi kehadiran Andrea Conti, Andre Silva, Hakan Calhanoglu, Mateo Musacchio, Ricardo Rodriguez, Franck Kessie dan Fabio Borini.
Kucka menyertai Milan dari Genoa pada 2015 dan mempunyai koleksi empat gol sepanjang beraksi di San Siro selama dua musim.