Skip to main content

Bola Sepak

Pemain perlu galas peranan tarik penaja ke Perak FC, kata Wan Zack Haikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-zack-haikal.jpg
Semua pihak perlu menggalas tanggungjawab untuk memastikan nasib Perak FC tidak terumbang-ambing. 

Pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Noor, membuka berhubung situasi kurang baik melanda pengurusan kelab itu ketika ini sambil enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, malah ia perlu ada jalan penyelesaian walaupun tidak menafikan betapa prestasi mantap mampu menarik penajaan 

Sekiranya saingan musim lalu lebih kepada pembentukan yang berwajah baru dengan meletakkan penyelesaian isu kewangan sebagai keutamaan, musim ini sasaran adalah meraih kepercayaan semua pihak.




Begitupun, mereka perlu memenuhi syarat mempamerkan prestasi luar biasa sepanjang musim depan. 

"Pemain perlu ada sikap bertanggungjawab untuk pastikan pasukan dalam keadaan yang baik. 

"Kalau tidak, ia akan memberi kesan kepada pasukan memandangkan Perak FC yang merupakan 100 peratus sebuah pasukan yang dipegang oleh pihak swasta tanpa bergantung kepada pihak lain," katanya. 







 

Advertisement

Must Watch Video