PERANCIS 4 ICELAND 0
Pengurus Perancis, Didier Deschamps, berkata barisan pemainnya bergembira ketika meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam pusingan kelayakan Euro 2020 dengan menewaskan Iceland di Stade de France, awal pagi tadi.
Perancis memulakan kempen kelayakan mereka dengan jaya ketika menewaskan Moldova 4-1, Jumaat lalu, dan skuad juara dunia itu meraih satu lagi kemenangan besar ketika kembali ke Paris dengan membelasah skuad kendalian Erik Hamren itu 4-0.
Samuel Umtiti membuka jaringan pada minit ke-12 sebelum Perancis perlu menunggu sehingga pertengahan babak kedua untuk menghasilkan gol kedua -- Olivier Giroud menjaringkan gol dari jarak dekat untuk menjadi penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman negaranya.
Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann kemudian menambah dua lagi gol buat tuan rumah untuk Perancis meraih tiga mata di ibu kota itu dengan bergaya.
Deschamps mengakui pasukannya bergelut sepanjang fasa awal babak pertama, namun lega bakat-bakat hebat di jentera serangannya mengeksploitasi kelemahan pertahanan lawan.
"Mereka membuka ruang yang lebih ketika keletihan dan kami memanfaatkannya," katanya kepada M6.
"Kami memperoleh lebih ruang dalam babak kedua walaupun tidak memulakannya dengan baik.
"Ia tidak pernah mudah untuk menewaskan pasukan yang sentiasa tersusun seperti itu, namun saya gembira untuk melihat cara mereka bermain dalam perlawanan ini.
"Suasananya amat indah dan pemain saya bergembira dalam perlawanan ini," katanya.
Perancis dan Turki kini terikat enam mata di puncak Kumpulan H dan akan bertemu sesama sendiri di Konya, 8 Jun depan -- perlawanan yang Griezmann katakan mereka akan bersedia sebaik mungkin.
"Ia amat penting untuk kami meraih enam mata," kata bintang Atletico Madrid itu kepada wartawan.
"Kami kini di kedudukan yang baik. Kami berkeyakinan tanpa mengambil kira jumlah gol yang dijaringkan dalam setiap perlawanan.
"Apa yang penting adalah kami meraih tiga mata dan kami sudah melakukannya sebanyak dua kali, jadi kami amat gembira.
"Sasaran kami adalah untuk menamatkan kempen selaku pasukan terbaik.
"Kami sedar kami akan berdepan perlawanan yang sukar seperti di Turki.
"Kami akan melakukan persiapan dengan sebaik mungkin dan membuktikannya di atas padang," katanya.