Pemain Negeri Sembilan, Mika Junco jadi mangsa ragut

Saufi Tahir
Jun 30, 2024 14:42 MYT
Pemain penyerang Negeri Sembilan, Mika Junco menjadi mangsa ragut ketika berada sekitar kota raya, semalam.
Insiden itu mengakibatkan pemain kelahiran Sepanyol itu kerugian harta benda tetapi masih berada dalam keadaan selamat dan sudah membuat laporan polis.

?Negeri Sembilan FC sahkan penyerang import Mika Junco berada dalam keadaan selamat, namun mengalami kerugian harta benda selepas menjadi mangsa ragut semalam.@ASTROARENA pic.twitter.com/4WoZ1xWQtN

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Insiden itu disahkan melalui satu kenyataan kelab sebentar tadi yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan jenayah serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.
Mika merupakan pemain terakhir yang melengkapkan enam import yang akan memperkuatkan jentera serangan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2024/2024.
"Dengan penuh rasa kesal, pihak kelab ingin mengesah-kan bahawa pemain Neger Sembilan FC, Mika, telah menjadi manga ragut malam semalam seperti yang dilaporkan.
"Kejadian tersebut berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan ketika itu Mika berseorangan. Insiden ini telah mengakibatkan kerugian harta benda kepada Mika namun bellau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.
"Neger Sembllan FC mengutuk sekeras-kerasya tindakan jenayah seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa pelaku ke muka pengadilan.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang telah memberikan sokongan kepada Mika dalam masa yang sukar ini."