BOLA SEPAK

Pemain Manchester United sah warisan terbaru pasukan Thailand

Najmi Iman 26/01/2025 | 02:39 MYT
Skuad bola sepak Thailand menerima suntikan berharga bagi memperkuat pasukan dalam menghadapi kejohanan akan datang apabila mendapat bakat berpengalaman yang sedang berkelana di Eropah.
Pengurus pasukan, Anucha Nakasai, serta ketua jurulatih, Jaded Meelarp, mengesahkan kedatangan dua pemain warisan daripada kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menyarung jersi Gajah Perang sebagai persiapan menuju Piala Asia bawah 17 tahun (B-17) yang akan berlangsung di Arab Saudi, April ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kerakyatan Thailand yang dimiliki oleh ibunya secara sahih membolehkan mereka beraksi bersama skuad kebangsaan itu, sekali gus menjadi prospek pasukan utama di bawah kendalian Masatada Ishii pada masa akan datang.
Silva Mexes yang berusia 14 tahun sedang menjalani akademi bersama Manchester United dan merupakan seorang penyerang.
Sementara itu, Kai Laws juga berpotensi dipanggil menyertai kem Thailand selain menabur bakti bersama Nottingham Forest B-17 ketika ini.
#bola sepak #Manchester United #Thailand #Silva Mexes #Kai Laws
;