Skip to main content

Bola Sepak

Pemain Manchester United, Fred, dipanggil Brazil buat kali pertama sejak 2018

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fred.jpg
Pemain tengah Manchester United, Fred, dipanggil skuad kebangsaan Brazil buat kali pertama sejak 2018 menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Ecuador dan Paraguay.

Kali terakhir Fred mewakili skuad senior Brazil adalah ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi, dua setengah tahun lalu.

Dia menjadi muka tetap dalam keebelasan utama United musim ini dan kini akan menyertai senarai 24 pemain yang disenaraikan Brazil bagi pusingan kelayakan ke Qatar 2022.

Fred menulis dalam Twitter: "Kegembiraan yang besar untuk sekali lagi mewakili negara saya. Sentiasa berbangga untuk mendapat panggilan ini. Ayuh lakukannya sekali lagi."

Pemain berusia 28 tahun itu mengundang kritikan pemerhati bola sepak ketika pasukannya tewas 2-4 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin tetapi pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, kekal mempertahankan pemain tengahnya itu.

Fred merekod 3.08 terjahan dalam setiap 90 minit perlawanan liga musim ini, di mana ia rekod keenam tertinggi dalam kalangan kesemua pemain yang telah bermain sekurang-kurangnya selama 20 minit.

Ditanya dalam sidang media semalam mengenai keputusannya memanggil semula Fred, ketua jurulatih Brazil, Tite, berkata: "Dia disenaraikan berkat prestasi tahap tingginya di United, pasukan yang berada di tangga kedua EPL."
 
Senarai pemain Brazil: 
Alisson (Liverpool), Ederson (Manchester City), Weverton (Palmeiras); Alex Sandro (Juventus), Dani Alves (Sao Paulo), Danilo (Juventus), Eder Militao (Real Madrid), Renan Lodi (Atletico Madrid), Lucas Verissimo (Benfica), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Thiago Silva (Chelsea); Casemiro (Real Madrid), Douglas Luiz (Aston Villa), Everton Ribeiro (Flamengo), Fabinho (Liverpool), Fred (Manchester United), Lucas Paqueta (Lyon); Everton (Benfica), Roberto Firmino (Liverpool), Gabriel Barbosa (Flamengo), Gabriel Jesus (Manchester City), Neymar (Paris Saint-Germain), Richarlison (Everton), Vinicius Junior (Real Madrid)
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video