Antonio Conte memerli Manchester United selepas penggempur, Rasmus Hojlund, cemerlang dalam penampilannya sulung bersama juara bertahan Serie A itu.
Walaupun menyuarakan keinginan untuk kekal dan berjuang untuk merebut tempatnya di Manchester United, namun Hojlund tetap tersisih daripada rancangan Ruben Amorim untuk musim 2025–26.
Penyerang itu langsung tidak terlibat dalam tiga perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), lalu mendorongnya untuk angkat kaki sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup.
Hojlund melengkapkan perpindahannya ke Napoli secara pinjaman dan perjanjian itu termasuk klausa pembelian wajib bernilai €44 juta (RM251.9j) pada 2026 sekiranya Napoli layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Pemain antarabangsa Denmark itu kemudian menyerlah dalam perlawanan pertama Napoli dengan meledak gol hanya 14 minit dalam penampilan sulungnya ketika membenam Fiorentina 3-1.
Selepas perlawanan, Conte berterima kasih kepada The Red Devils kerana berpotensi membantu Napoli memenangi trofi.
“Hojlund baru 22 tahun.
"Kami menandatanganinya daripada Manchester United selepas melihat tuah yang (Scott) McTominay bawa ke sini,” seloroh bekas pengurus Chelsea itu.