Pemain Manchester City terpaksa tidur di pusat latihan menjelang perlawanan Boxing Day
Fariha Razak
Disember 26, 2024 17:14 MYT
Disember 26, 2024 17:14 MYT
Terpaksa berlatih ketika hari natal bukanlah satu perkara luar dari kebiasaan buat pemain bola sepak di Eropah tetapi yang mencuri tumpuan apabila pemain Manchester City diarah untuk tidur di pusat latihan kelab menjelang perlawanan mereka menentang Everton pada Hari Boxing malam ini.
Manchester City’s players have been FORCED to sleep at the training ground on the 24th and 25th December in preparation for Boxing Day’s match. ? pic.twitter.com/7BxZa8zpiK
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas bergelut dalam 12 perlawanan terakhir dengan hanya satu kemenangan dalam tangan, kini The Citizen jatuh ke kedudukan ke tujuh liga dan ianya satu perkara yang membimbangkan menyaksikan ini juga merupakan satu catatan terburuk dalam karier pengurus Pep Guardiola, dan kali terakhir mereka meraih kemenangan adalah pada 4 Disember lalu menentang Nottingham Forest.
Walaupun terpaksa tidur di pusat latihan, mereka tetap dapat menyambut perayaan Krismas bersama keluarga dan orang tersayang pada waktu pagi dan petang, kemudian kembali berlatih pada waktu malam dan tidur di kem latihan sehingga hari perlawanan.
Langkah tidur semalaman ini bukanlah kali pertama dilakukan, tetapi City merupakan kelab pertama di Liga Perdana Inggeris (EPL) yang melakukannya pada tahun 2014 menjadikan Etihad Campus sebagai tempat penginapan malam sebelum perlawanan tengah hari di tempat sendiri. Pangkalan latihan mereka mempunyai 80 bilik tidur dengan kertas dinding yang membantu tidur, sementara £150,000 (kira-kira RM844,000) telah dibelanjakan untuk tilam dan bantal.
Man City are 10 points WORSE off this Christmas than they were at the last ?? pic.twitter.com/8lj6jG9qox
— OneFootball (@OneFootball) December 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami berlatih pada hari Selasa, kami berlatih malam Rabu, kami akan tinggal di sini dan kami akan bermain pada Hari Boxing,” kata Guardiola. “Harapnya mereka mahu berada di sini, kerana itu adalah tugas kami.”
Perlawanan boxing day ini sangat penting buat City untuk keluar dari kemelut kekalahan. Sementara itu, lawan mereka Everton yang berada di kedudukan 15 baru baru ini menunjukkan peningkatan prestasi apabila berjaya menewaskan Wolves 4-0 sebelum mengikat Arsenal dan Chelsea. Jadi walaupun kelebihan atas kertas memihak kepada City, mereka tetap harus berhati hati dengan cabaran yang bakal diberikan oleh skuad Sean Dyche.