Pemain legenda England, Trevor Francis, meninggal dunia pada usia 69 tahun

Muzaffar Musa
Julai 25, 2023 11:03 MYT
Trevor Francis, pemain British pertama bernilai £1 juta, meninggal dunia pada usia 69 tahun malam tadi.
Bekas penyerang Birmingham itu, yang menjaringkan gol kemenangan Nottingham Forest dalam final Piala Eropah 1979, pernah mewakili England sebanyak 52 kali dan kemudian membimbing Sheffield Wednesday dan Birmingham ke final kejohanan utama selaku pengurus.
Individu kelahiran Plymouth itu mula mencipta nama selaku pemain muda Birmingham menerusi penampilan pertamanya pada 1970.
"Dia meninggal dunia di Sepanyol pagi ini disebabkan serangan jantung," kata jurucakapnya.
Forest memecahkan rekod perpinahan termahal British apabila mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £1.15 juta (RM6.74 juta) untuk mendapatkan Francis pada 1979.
Dia memulakan kariernya di Birmingham dan telah beraksi sebanyak 328 kali dan menjaringkan 133 gol.

We are deeply saddened by the news that Trevor Francis has passed away aged 69. He won 52 caps and scored 12 goals – including two at the 1982 @FIFAWorldCup – for the #ThreeLions between 1977 and 1986. All of our thoughts are with his family, friends and former clubs. pic.twitter.com/GNBeV4onDp

— England (@England) July 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

We are deeply saddened by the passing of Trevor Francis. Our thoughts are with Trevor’s family and friends at this incredibly difficult time.

— Sheffield Wednesday (@swfc) July 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #England