Pemain JDT meriahkan pembukaan butik penjaga masa rasmi


Jun 26, 2024 09:02 MYT
Pemain-pemain JDT hadir memeriahkan Majlis Pembukaan Butik Hublot The Exchange TRX sebentar tadi.
Beberapa pemain kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tampak hadir untuk meraikan Majlis Pembukaan Butik Hublot di The Exchange TRX Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang.
Antara yang hadir dari JDT termasuk ketua jurulatih Hector Bidoglio, Arif Aiman Hanapi, Bergson Da Silva, Syihan Hazmi, Farizal Marlias, Juan Muniz, Matthew Davies dan La'Vere Corbin-Ong.
Melalui perkongsian dari wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi suasana di sana juga tampak meriah dengan kehadiran fanatik bola sepak JDT juga.

Peminat JDT tidak melepaskan peluang bertemu barisan bintang Harimau Selatan dalam satu majlis pembukaan butik Hublot di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.@ASTROARENA pic.twitter.com/fWYdGg0PlK

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) June 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hublot merupakan penjaga masa rasmi buat Harimau Selatan menerusi satu kerjasama sejak September 2019. Luaskan Kuasamu Johor.