Satu lagi musim yang panjang buat Enzo Lombardo?
Difahamkan, pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengalami kecederaan ketika penampilan pertamanya bersama skuad utama Harimau Selatan menentang Universiti Malaya (UM)-Damansara dalam perlawanan timbal balik pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu lalu.
Lombardo, 28, juga sempat beraksi untuk JDT II dalam saingan amatur Liga A1 Semi-Pro bertemu pasukan sama yang turut diperkuat beberapa tonggak senior seperti Nathaniel Shio Hong Wan dan bintang Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh dan Junior Eldstal.

Namun, belum ada pengesahan tentang kecederaan yang dialami dan tempoh yang diperlukan untuk pulih.
Tonggak yang menyarung jersi nombor tujuh itu juga merekodkan tiga permainan dalam Liga Super sebelum berehat panjang, musim lalu.
Dia dalam satu hantaran di Instagram memberi bayangan terpaksa melupakan beberapa aksi bersama skuad kendalian Xisco Munoz dengan sasaran bakal bangkit selepas ini.
"Saya akan kembali dengan lebih kuat, lagi dan lagi!" katanya.
Semoga cepat sembuh dan kembali lebih hebat Enzo Lombardo!
Dapatkan Sekarang

Pemulihan Lebih Selesa
Foam roller urutan bantu pulihkan otot lepas latihan atau perlawanan, sesuai untuk atlet & peminat sukan.
Dapatkan Sekarang