Pemain yang dilaporkan berumur 35 tahun itu rebah usai tersambar kilat ketika beraksi di stadium Persib Bandung.
Insiden pemain sepak bola tersambar petir di Stadion Siliwangi tersebut viral di media sosial. Menerusi X, ia merupakan carian utama di Indonesia.
? Hit by lightning, a player dies during a football match. The tragedy occurred during a football match in Bandung, Indonesia. Lightning struck a 34-year-old player. Struck down by lightning, the footballer collapsed on the pitch. The 30-year-old was taken to hospital where he… pic.twitter.com/8leD9Kdf0Y
— Louis Montpellier Natio (@Natio_1976) February 12, 2024
Kejadian tersebut berlaku kepada pemain FBI Subang, Septian Raharja, yang bermain dalam perlawanan persahabatan hujung minggu lalu dan meninggal dunia di hospital.
Klip video itu menunjukkan Raharja berjalan di atas padang sebelum tragis disambar petir dan membuat pemain lain bergegas masuk untuk melihat keadaannya dengan ekspresi panik.
Sumber: cnnIndonesia.com