Skip to main content

Bola Sepak

Pemain import sayang nak tinggalkan Sri Pahang, rayu Tengku Muda pertimbang hasrat undur diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stefano-brundo.jpg
Pemain import Sri Pahang, Stefano Brundo, mengharapkan keajaiban dalam tempoh sembilan hari buat Tok Gajah kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Hasrat itu disampaikan selepas kelab Liga-M diberi 'masa tambahan' iaitu hingga Sabtu depan untuk melengkapkan dokumentasi pelesenan kelab.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Brundo mengakui mahu kekal beraksi dalam kancah ini selepas dua musim menabur bakti bersama Sri Pahang.

Ia selepas Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, sejurus wisel penamat di Stadium Nasional, Bukit Jalil, bersempena perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia, Sabtu lalu, mengumumkan hasratnya untuk mengundurkan diri sebagai pemilik Sri Pahang.

"Saya berharap baginda menemui semangat dan kemahuan untuk pastikan kelab terus beroperasi.

"Kami amat berterima kasih kepadanya, begitu juga orang ramai atas sumbangan baginda selama ini.





"Baginda juga memberi kata-kata peransang buat kami ketika perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu. 

"Jadi saya amat menaruh harapan dalam 10 hari ini. Insya-Allah kelab akan terus (berjuang) dan yang pastinya menggembirakan banyak pihak," katanya.  

Dalam masa sama, pemain kelahiran Argentina itu berasa beruntung dapat beraksi dalam Liga-M yang mempunyai segala pakej hingga membuatkan jatuh cinta dengan Malaysia. 

"Saya gembira. Saya amat bertuah dapat menyertai Sri Pahang malah Kuantan tempat yang menakjubkan. 

"Masyarakatnya sangat ramah, membuatkan saya seperti di kampung halaman. 

"Saya cuba buat yang terbaik biarpun kadangkala bermain di posisi pemain tengah bertahan biarpun ia bukan posisi kegemaran.

"Saya fikir telah melaksanakan tugas tersebut dengan baik. 

"Ia satu pengalaman yang menarik buat saya sepanjang dua musim ini. 

"Negara anda memang mempesonakan, banyak tempat untuk dilawati. 

"Saya mengambil kesempatan untuk berkunjung di merata-rata tempat. 

"Saya jatuh cinta dengan bola sepak dan kehidupan di sini," katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video