Skip to main content

Bola Sepak

Pemain City beri kepercayaan penuh buat kelab -- De Bruyne

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

debruyneguardiola-cropped_3pw8x2p7kby51j18ve4wqi1yj.jpg
Kevin De Bruyne menegaskan tiada apa yang berubah dalam skuad Manchester City dan semua pemain memberi sepenuh kepercayaan kepada kelab selepas mereka digantung daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Minggu lalu, City menerima penggantungan dua tahun daripada saingan Eropah oleh UEFA selepas didapati melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Juara Liga Perdana Inggeris itu menafikan dakwaan itu dan bercadang untuk membuat rayuan tetapi spekulasi mengenai pengurus, Pep Guardiola, dan barisan pemain bintang terus menjadi persoalan.

Awal pagi tadi, De Bruyne menyinar ketika City menewaskan West Ham United 2-0 dan perancang tengah itu berkata tiada apa yang berubah di City di sebalik isu yang melanda di luar padang.

"Jelas sekali kami sedang bercuti sewaktu hukuman itu dijatuhkan. Kami kembali dan bermain bola sepak. Itulah situasi yang berlaku," katanya.

"Kami kembali dan berlatih seperti biasa, tiada apa berubah. Kami cuma beraksi dalam perlawanan yang dimiliki, sama seperti hari ini. Kami tetap berikan persembahan terbaik.

"Masih banyak perlawanan perlu dihadapi dan diharapkan kami menemui rentak dan menjulang kejuaraan."

"Pihak pasukan memberikan kenyataan. Saya tidak tahu apa yang kami boleh lakukan selain bermain bola sepak. Akhirnya, situasi itu akan terserlah.

"Pihak kelab menjalankan tugas dan kami mempercayai mereka."


Jaringan daripada Rodri dan De Bruyne membolehkan City mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga dan dibezakan 22 mata dengan pendahulu, Liverpool, dalam aksi sulung sejak 2 Februari lalu.

Pemain tengah itu juga berpedapat tempoh rehat itu memberikan impak kepada pasukannya sebelum bertandang ke Leicester City, Sabtu ini.

"Ia bagus. Saya melalui tiga minggu tanpa bola sepak, membuatkan kami sedikit lesu. Namun, kami tetapi tampilkan aksi terbaik," tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video