Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino

Saufi Tahir
April 8, 2024 10:00 MYT
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, berasakan barisan pemainnya masih belum cukup matang selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika berdepan Sheffield United, awal pagi tadi.
Dia yang baru dilantik sebagai pengurus pasukan The Blues itu masih belum mendapatkan rentak permainan yang cemerlang dan prestasi yang tidak konsisten.
Begitupun, cemerlang dalam aksi dramatik ketika menewaskan Manchested United tempoh hari menjelaskan petanda positif buat kelab yang dipenuhi barisan pemain muda itu.

Full-time.#CFC | #ShuChe pic.twitter.com/7BrpllUEJM

— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia adalah mengenai keupayaan kami untuk bersaing. Tetapi atas sebab yang berbeza kami bergelut untuk bersaing dalam perlawanan menentang pasukan yang lebih rendah.
"Menonton bola sepak pada usia 52 tahun, anda perlu mengenal pasti dengan cepat sekiranya pasukan itu bersedia untuk bersaing ataupun sebaliknya.
"Mungkin kerana pasukan ini belum cukup matang untuk bersaing dalam perlawanan setiap tiga hari."
"Ini adalah skuad baru dengan profil skuad yang kami pelajari. Itulah sebabnya proses untuk membina pasukan senatiasa mengambil masa. Ia bukan perkara ajaib." katanya.
#Chelsea #Mauricio Pochettino #EPL
;