Skip to main content

Bola Sepak

Pemain bola sepak pilih kekasih berbanding anak kandung hadiri perlawanan perpisahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mats-hummel.jpg
Bekas isteri Mats Hummels mendakwa anak berusia tujuh tahun mereka tidak mengetahui mengenai perlawanan perpisahan pemain itu bersama Borussia Dortmund.

Hummels, yang meninggalkan Dortmund pada penghujung musim 2023-24, kembali ke kelab itu menghadiri perlawanan perpisahan Ahad lalu.

Sejumlah 80,000 penyokong hadir di Signal Iduna Park bagi aksi persahabatan antara Dortmund dan Juventus.

Hummels mengetuai kelab Bundesliga itu sepanjang 18 minit pembukaan perlawanan tersebut, yang secara rasmi menandakan persaraannya daripada bola sepak profesional.

Pemain berusia 36 tahun itu diraikan oleh penyokong yang hadir dan bersama teman wanita baharu berusia 26 tahun, Nicola Cavanis.

Bekas pertahanan itu, yang membuat 508 penampilan dalam semua pertandingan bersama Dortmund, bagaimanapun tidak disertai oleh anaknya Ludwig pada perlawanan itu.

Bekas isterinya, Cathy berkongsi foto anak lelaki mereka di media sosial pada pagi perlawanan, yang memaparkan akhbar yang memaparkan Hummels dan tajuk 'Mats gut'.
 

 

Advertisement

Must Watch Video